Sinopsis

Amran (Bell Ngasri) dan Rashid (Amir Lawak), dua orang pekerja di sebuah syarikat koprat yang saling bermusuhan. Amran merupakan senior, manakala Rashid pula junior. Pelbagai insiden lucu tercetus akibat daripada perbuatan Amran dan Rashid yang cuba mengambil hati bos mereka. Perang antara mereka berdua menjadi semakin sengit, apabila bos mereka ingin memilih salah seorang untuk menjawat jawatan penting. Sejak daripada itu, persaingan Amran dan Rashid semakin tidak sihat dan melampau-lampau. Manakala tanpa disedari, bos mereka pula mengambil kesempatan di atas sikap mereka berdua. Antara Amran dan Rashid, siapakah yang berjaya menawan hati bos? Atau pun sesuatu yang mengejutkan akan berlaku pada penghujung cerita?

 

Watak & Perwatakan

Bell Ngasri (Amran)

Berusia lingkungan 30-an, merupakan seorang pegawai yang pandai mengambil peluang dan mengambil hati bos. Gila pangkat dan suka mempergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri.

 

Amir Lawak (Rashid)

Berusia lingkungan 30-an, merupakan seorang pengawai yang tidak tahu apa-apa. Kelebihannya pandai mempengaruhi majikan dan pandai menjatuhkan orang lain. Bermusuh dengan Amran

 

Leave a Reply