Ameena Sofia, Nama Anak Sulung Shakilla Khoriri!

Pelakon, Shakilla Khoriri telah selamat melahirkan puteri sulung jam 11.20 pagi semalam.

Berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh peminat itu dikongsikan sendiri oleh Shakilla menerusi laman Instagram miliknya.

“Semalam 14 March 2019, Jam 11.20am, budak ni kena keluar juga jumpa Umi & Daddy dia. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar seperti plan doctor dan kami berdua,” tulisnya.

Sementara itu, Shakilla juga meluahkan rasa syukur anaknya yang diberi nama Ameena Sofia itu berada dalam keadaan sihat.

“Syukur. Anak sihat. Betul lah orang kata, hilang rasa sakit lagi2 bila tengok muka anak. Allahuakbar. Terima Kasih Allah. My darling baby girl @ameenasofia_ ,”ujarnya lagi.

Shakilla dan suami, Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada 18 Februari tahun lalu selepas empat tahun bercinta.

Tahniah Shakilla!