Anak Sulung Cemerlang Dalam UPSR, Aidid Marcello Dan Keluarga Ke Tanah Suci

Pengacara dan penerbit terkenal, Aidid Marcello menerusi laman Instagramnya semalam berkongsi berita gembira, selepas anak sulungnya, Nailina Marcello berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.

“Alhamdulillah @nailinamarcello 5A1B UPSR, bolehlah minta doa seterusnya di depan Kaabah InsyaAllah. Seronoknya rasa macam impian jadi kenyataan sebab sudah lama doa untuk ke sana bersama isteri,” tulisnya.

Aidid dan keluarga secara kebetulan juga berangkat ke Tanah Suci Mekah semalam untuk menunaikan ibadah umrah, sekaligus dapat meraikan kejayaan anak perempuannya itu dengan memohon doa seterusnya.

“Tiada apa yg lebih berharga bila rezeki dipanggil utk ke tanah suci kali ini bersama isteri dan anak dara saya.” ujarnya lagi.

Rata-rata pengikut Aidid di laman Instagram turut mengucapkan tahniah kepada anak gadisnya di atas kejayaan yang diraih serta mendoakan mereka sekeluarga mendapat umrah yang Mabrur.

Aidid dan isteri, Norzie telah mendirikan rumah tangga pada tahun tahun 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan 3 orang lelaki.