Impian pelakon Baim Wong untuk mendirikan rumah tangga akhirnya tercapai apabila dia selamat berkahwin dengan pilihan hatinya, Paula Verhoeven dalam satu majlis tertutup hari ini.

Baim menerusi laman Instagramnya berkongsi gambar saat diijab kabul bersama isteri kesayangannya itu beserta kapyen yang begitu manis.

“Dengan yakin aku menerima @paula_verhouven sebagai istri dan ibu calon anak-anakku.” tulisnya.

Sehari sebelum hari perkahwinan, Baim turut menjalani adat tradisi perkahwinan seperti acara bersiram, selain berharap majlisnya berjalan dengan lancar.

“Akhirnya acara Pengajian dan Siraman sudah selesai. Selanjutnya acara Midodareni, mohon doanya teman-teman agar berjalan dengan lancar.” ujarnya.

Rata-rata peminat pelakon dari tanah seberang itu turut bergembira dengan berita tersebut serta mengucapkan tahniah kepada Baim dan pasangan.

Baim dan isterinya yang juga merupakan seorang pelakon dan model itu hanya berkenalan dan menjalin hubungan cinta selama tiga bulan sebelum Baim memutuskan untuk melamarnya.

Lamaran terhadap Paula  telah dilakukan di sebuah pantai di Bali, dengan cara yang unik iaitu hanya membawa secarik kertas yang bertuliskan “Marry me” dan sebuah cincin pada 10 Julai lalu.

Sebelum ini, Baim pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan artis Malaysia, Elfira Loy. Namun, itu hanya cerita lampau dan Baim menegaskan hubungan mereka hanya sekadar teman rapat.

Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke jannah dan diharapkan setiap orang yang mendirikan rumah tangga akan lebih terbuka untuk berkongsi segalanya kepada pasangan, tak kiralah sama ada kisah silam anda tu buruk mahupun sebaliknya.

Nak tahu patut ke tak untuk kita kongsikan masa silam kita dengan pasangan baru? Layari https://www.donna.com.my/thebawang-berkongsi-kisah-silam-dengan-pasangan-baru/ sekarang!