Berlesung Pipit Memang Manis Tapi Ia Merupakan Satu Kecacatan

Manis sahaja apabila melihat muka individu yang mempunyai lesung pipit. Kalau bawa balik tunjuk pada mak, bakal menantu berlesung pipit pasti terus dia setuju!

Lelaki atau wanita yang memiliki lesung pipit itu memang kelihatan cantik dan kacak. Namun yang sebenarnya lesung pipit adalah kecacatan genetik. Satu-satunya kecacatan yang sangat disukai dan boleh diterima ramai.

Lesung pipit terjadi disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia menyebabkan otot wajah lebih pendek daripada biasa. Kesannya, apabila bercakap, senyum atau membuka mulut, kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekukan pada pipi. Meskipun begitu, lesung pipit boleh hilang atas faktor peningkatan umur. Mungkin sewaktu kecil anda mempunyai sebentuk lesung pipit yang menawan, namun semakin dewasa lesung pipit tersebut seakan hilang. Ini berlaku kerana semasa proses tumbesaran, terdapat beberapa otot di wajah akan mengalami proses pembentukan sempurna dan secara perlahan otot wajah yang cacat tadi akan terbentuk menjadi normal.

Lesung pipit terjadi disebabkan oleh faktor keturunan. Ia memerlukan gen dominan untuk diturunkan kepada generasi seterusnya.

  • Jika ibu bapa memiliki lesung pipit, maka potensi untuk anak-anak memilikinya juga tinggi iaitu antara 50 hingga 100 peratus.
  • Jika salah seorang daripada ibu bapa sahaja yang memiliki lesung pipit, maka potensi untuk diwarisi hanya sebanyak 25 hingga 50 peratus sahaja.
  • Ada juga individu yang memiliki lesung pipit walaupun ibu bapa mereka tidak memilikinya. Ia terjadi disebabkan oleh faktor ‘Gen Skip‘ generasi. Ini kerana banyak gen yang tidak diwarisi dari sesuatu generasi ke generasi yang lain. Sebaliknya, ia berlaku secara berselang-seli. Jika keadaan ini terjadi, bermakna keturunan anda dulu ada memiliki lesung pipit.

Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.

Penulis: Donna