Brunei Laksana Hukuman Rejam Sampai Mati Mulai Rabu Depan

Mulai 3 April depan, Brunei akan melaksanakan hukuman rejam sampai mati terhadap individu yang melakukan hubungan seks sejenis dan pesalah zina.

Sebelum ini, undang-undang Syariah itu pernah tertangguh selama empat tahun ekoran menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak.

Untuk pengetahuan, hubungan sejenis adalah diharamkan di Brunei, namun undang-undang yang membawa hukuman maut itu hanya akan dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja.

Difahamkan, Negara Brunei akan turut melaksanakan hukuman potong tangan dan kaki untuk kesalahan mencuri selepas pelaksanaan tersebut tertangguh pada 2013.

Hukuman baharu untuk mencuri adalah pemotongan tangan kanan untuk kesalahan pertama dan kaki kiri untuk kesalahan kedua.

Satu notis terhadap Jabatan Peguam Negara Brunei pada 29 Disember lalu memaklumkan, hukuman itu akan berkuatkuasa mulai Rabu ini.

Bagaimanapun, badan hak asasi Amnesty International menggesa negara itu mengubah pendirian tentang pelaksanaan hukuman baru itu dengan menyifatkannya sebagai kejam.