Gambar Profile #RiverChallenge Tiru Gaya Maya Karin Dapat Sambutan Netizen!

Tampil dipilih sebagai duta River of Life beberapa hari lalu, pelakon dan penyanyi Maya Karin tidak melepaskan peluang untuk mencipta satu trademark.

Maya menerusi laman Twitter miliknya telah memuat naik satu foto bersama tanda pagar gambar profile baru.

Menariknya gambar Maya kali ini telah menjadi contoh kepada netizen untuk turut serta mengambil foto mengikut gaya Maya berendam di dalam sungai!

Setelah beberapa hari gambar tersebut dimuat naik, ia dilihat telah menjadi satu cabaran yang positif.

Maya turut tidak melepaskan peluang untuk mengumpul dan menjadikan ia sebagai koleksi.

Tahniah Maya kerana telah menunjukkan satu teladan yang baik, selain menjadi contoh kepada anak muda untuk memelihara alam sekitar!