“Happy Birthday Hajjah Neelofa” Telatah Anak Che Ta Mencuit Hati!

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Aaisyah Dhia Rana di laman Instagram, pasti mengetahui betapa comelnya telatah dan gelagat kanak-kanak berdarah kacukan itu.

Hari ini, Aaisyah tidak ketinggalan untuk memberi ucapan Selamat Hari Jadi kepada Neelofa, sempena hari kelahirannya yang ke-30 pada 10 Februari.

Menariknya kali ini, Aaisyah turut mengikuti gaya Neelofa dengan memakai turban selain memanggil pelakon dan pengacara itu Hajjah!

Comel kan? Rata-rata pengikut Aaisyah memuji kecomelan dan terhibur dengan aksi serta gelagat kanak-kanak yang berusia 4 tahun itu.

Selain Neelofa, Aaisyah turut memberi ucapan Hari Jadi kepada Erra Fazira.

Erra Fazira yang menyambut hari kelahirannya pada 9 Februari lalu turut meninggalkan komen yang positif, selain memuat naik semula video tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Apa-apa pun, Selamat Hari Jadi buat Neelofa dan Erra Fazira, semoga diberi kesihatan yang baik dan terus sukses ye!