Ini Suara-Suara Mahal di Sebalik Remake The Lion King!

Minggu lalu, Disney Studio mempertontonkan trailer teaser pertama mereka untuk filem The Lion King. Filem yang diadapatasi daripada animasi tahun 1994 dengan nama sama memaparkan karakter terkenal bernama Simba dan Mufasa.

Dilaporkan trailer lebih 1 minit itu telah ditonton oleh lebih 224 juta orang dalam tempoh 24 jam, treler filem Disney paling ramai ditonton dalam sejarah!

Pada tahun 1994, suara suara latar atau voice over untuk watak watak filem itu ialah:

Matthew Broderick sebagai Simba

Jeremy Irons sebagai Scar

James Earl Jones sebagai Mufasa

Moira Kelly sebagai Nala

Nathan Lane sebagai Timon

Ernie Sabella sebagai Pumbaa

Selepas 25 tahun, filem animasi itu dibuat remake, dan menampilkan suara suara mantap sebagai voice over, antaranya:

Donald Glover sebagai Simba

Beyonce sebagai Nala

Chiwetel Ejiofor sebagai Scar

Seth Rogen sebagai Pumbaa

Billy Eichner sebagai Timon

Yang paling menarik, James Earl Jones sebagai Mufasa pada tahun 1994 akan sekali lagi menjadi voice over untuk Mufasa dalam remake terbaru ini!

Memang suara-suara yang handal di sebalik watak The Lion King. Filem ini akan ditayangkan pada Julai 2019.

Susah sebenarnya nak berlakon menjadi suara latar untuk watak animasi, tau.

Menerusi CitraDonna, empunya suara lunak sebalik kebanyakan iklan-iklan di Kool FM berkongsi tip untuk menjadi voice over talent yang baik:

https://www.donna.com.my/suara-sedap-bukan-ukuran-untuk-bergelar-voice-over-talent-radio/

So, nak menceburi bidang over talent dan tip secara personal, boleh mula kecil-kecilan dulu, seperti rakaman dalam radio. Sila lah contact Puan Amyrah okay!