Kamal Adli Terima Jodoh Bersama Emma Maembong?

Selepas dihujani dengan soalan tentang jodoh dan pernikahan, pelakon Kamal Adli kini tidak menolak lagi seandainya dijodohkan dengan pelakon, Emma Maembong  yang sebelum ini dikatakan sudah pun berakhir.

Namun begitu, kedua-dua mereka tetap mesra dan rapat ibarat pasangan kekasih dan berhubung seperti biasa kerana menekankan aspek profesionalisme antara satu sama lain.

Kamal yang juga mengakui masih lagi solo sehingga kini dan belum mempunyai teman pengganti menganggap mungkin tuhan sudah menetapkan jodohnya bersama Emma.

“Mungkin ada perkara yang macam tak menjadi. Andai ada jodoh ALLAH tetapkan dengan dia, susah atau jauh, kalau ALLAH dah satukan, saya aminkan perkara itu. Saya hanya boleh berdoa dan tidak menolak dijodohkan dengan dia.” katanya.
“Cuma dalam keadaan sekarang ini mungkin masing-masing tengah fikir fasal kesilapan atau buat haluan sendiri dahulu. Pun begitu kami masih berhubung macam biasa. Bahkan saya pun tak ada siapa-siapa dan tak silap saya begitu juga dengan dia,” ujarnya lagi.

Okay lah kalau macam tu. Tak salah pun kalau Emma Maembong betul-betul ditakdirkan untuk jadi jodoh Kamal kan? Sama cantik sama padan pula tu!

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik sahaja buat Kamal dan Emma Maembong ya!