Linda Nanuwil Tampil “Fresh” Dengan Lagu Baru!

Bekas peserta program realiti televisyen Linda Nanuwil bakal kembali dengan sebuah single baharu tahun ini.

Lagu berkenaan bagaimanapun masih belum diberikan judul namun sudah 30 peratus siap.

Saya dapat bekerjasama dengan pengarah muzik yang sudah lama saya idamkan.

Menurut Linda, dia pada awalnya menukilkan lagu itu berkonsepkan balada namun setelah berbincang, mereka mungkin akan ubah sedikit lagu tersebut agar tidak terlalu mendayu-dayu.

Image result for linda nanuwil kosmo

Linda atau nama sebenarnya Norlinda Nanuwil, 34, pernah popular menerusi lagu Jika Kau Kekasih sekitar tahun 2005.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Ranau, Sabah itu berharap single terbaharunya akan diterima ramai dan menjadi hadiah terindah buat peminatnya.

Terima kasih kerana masih mengikuti perkembangan saya sampai sekarang.

Tahniah Linda! Semoga segala perkara yang dirancang akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan.