Netizen Sebak Tonton Video Pernikahan Anak Gmie Screen

Ibu bapa mana yang tak sebak nak lepaskan anaknya, tak kisah lah untuk melanjutkan pelajaran mahupun berumah tangga.

Harapan mereka hanya satu, iaitu mahukan yang terbaik buat anak-anak.

Namun, apabila anak itu berasa gembira saat dia berjaya mahupun berkahwin, kedua ibu bapa turut berasa sedih kerana bangga dengan kejayaan anak-anak selain bahtera yang dibina kerana perlu hidup berasingan dari ibu bapa kemudian hari.

Itulah perasaan yang dialami oleh vokalis rock ternama Malaysia iaitu Gmie Screen atau nama sebenarnya Hajimi bin Ibrahim ketika menikahkan anak sulungnya Hadirah dengan jejaka pilihan hati pada 24 Mac yang lalu.

Menerusi beberapa video dan foto di Instagram milik Gmie baru-baru ini, suasana menjadi semakin pilu selepas anaknya sah dinikahkan apabila masing-masing tidak dapat menahan sebak dan mereka terus berpelukan sambil melinangkan air mata.

Selamat pengantin baru anakku! Selamat datang anak menantu. Doa yang baik-baik sentiasa untuk kamu.

Selepas majlis tersebut selesai, mereka mengadakan majlis resepsi bagi meraikan pasangan pengantin baru itu pula.

Gmie dan isteri turut berterima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

View this post on Instagram

Bismillahirohmannirrohim Alhamdulillah… Syukur kehadrat Illahi… Dengan IzinNya… Selesai sudah majlis perkahwinan anak perempuan kami… Saya dan Isteri ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada : ❤ Warisan Haji Ibrahim & Hajjah Salsah. ❤ Warisan Haji Gumari & Hajjah Siti Rodiah. Yg bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. ❤ Abang Jain sekeluarga (taukeh khemah 'Ceria kanopy' ) ❤ Catering JF Tekun ❤ Pelamin dari Kutiq Andaman ❤ Haji Khir Warisan Sound ❤ DJ Wan Zool ❤ Kek Sentuhan Suzi ❤ Abang Bagok RELA ❤ Goodies/kompang/Silat Dan lain2…ramai pulak nak tulis kat sini… kalau terlepas pandang jgn marah yerr!! 😆😆😊😊 Semuanya terbaik!!🖒🖒 ❤Kepada semua tetamu dari dekat dan jauh… terima kasih byk2 kerana sudi datang… Semoga ikatan silaturrahim kita berterusan hingga ke Jannah… Aamiin… Saya dan isteri juga ingin memohon ampun dan maaf andai ada kesilapan dan kekurangan dari pihak kami. Yg baik datang dari Allah…Yg buruk datang dari saya. Terima kasih semua…🤗🤗🤗 Hanya Allah saja yg dpt membalas jasa baik kalian. Assalamualaikum… #majlisperkahwinananaksulung #gmiescreen #hadirahridzzuan ~In Shaa Allah~ Minggu depan majlis bertandang pulak!!. 😥😥😅😅

A post shared by @ gmiescreen on

Tahniah buat kedua mempelai, selamat melayari bahtera perkahwinan, semoga kekal hingga ke akhir hayat!