Priyanka Chopra, Nick Jonas Kahwin Esok!

Selepas mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu, aktres Bollywood, Priyanka Chopra dan penyanyi Amerika Syarikat, Nick Jonas akhirnya bakal disatukan esok.

Pasangan itu dikhabarkan akan berkahwin di hotel lima bintang Umaid Bhawan Palace, Jodhpur, di India dan upacara perkahwinan mereka turut digelar perkahwinan paling gemilang tahun ini!

Wow, pasti ramai peminat yang tak sabar nak tunggu esok kan! Merpati dua sejoli itu juga dikatakan menjalinkan hubungan cinta selama dua bulan, sebelum Nick melamar Miss World pada 2000 itu dengan sebentuk cincin Jun lalu.

Mereka kemudiannya ke Mumbai, India untuk bertemu dengan ibu Priyanka dan penyanyi bekas kumpulan The Jonas Brothers itu diterima baik oleh keluarga aktres berkenaan.

Jonas sebelum ini pernah bercinta dengan pemenang Miss Universe 2012, Olivia Culpo namun hubungan itu berakhir pada 2015.

Bercerita mengenai kejelitaan aktres terbaik di India ini pula, Priyanka memiliki badan yang seksi dan langsing kerana begitu disipilin melakukan senaman, rutin diet seimbang dan juga amalan yoga!

Menurutnya, Yoga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan sehariannya kerana mampu mengurangkan stress, memberi ketenangan dan juga meningkatkan stamina.

Priyanka memiliki berat 53kg dengan 167cm ketinggian dan kalau nak tahu, berikut adalah rutin pemakanan yang aktres ini amalkan!

  • Sarapan: Dua biji telur atau oat + segelas susu.
  • Makan tengahari: 2 capati, dal, salad and sayur-sayuran.
  • Snek petang: Turkey sandwich atau salad
  • Makan malam: Sup, ayam panggang atau ikan

Seronok kan kalau boleh dapat badan langsing sama macam Priyanka? Jangan risau, https://www.donna.com.my/menu-ini-mampu-turunkan-berat-badan-5-kilo-dalam-seminggu/ ada tip untuk anda turunkan berat badan!

Selamat mencuba!