Sheila Rusly Tutup Dapur Ketuk-Ketuk Ramadhan. Tapi Kenapa?

Program masakan yang dah sebati dengan jiwa penonton, pastinya Ketuk-Ketuk Ramadhan sering disiarkan menerusi sebuah saluran televisyen merupakan antara program masakan yang paling ditunggu-tunggu prnonton apabila menjelang bulan puasa.

Ia susulan aksi dan gelagat spontan di antara hos program iaitu Sheila Rusly dan artis jemputannya sentiasa membuatkan penonton tak kering gusi.

Namun, terbaru, difahamkan ramai kanak-kanak istimewa yang tertarik dengan pengacara itu.

Menerusi perkongsian penerbit program itu sendiri, Jinggo, ketika mereka sedang merakamkan program tersebut, terdapat ramai kanak-kanak istimewa mahu berjumpa dengan Sheila.

Menurutnya, ibu bapa kepada kanak-kanak itu akhirnya berjaya merealisasikan impian anak-anaknya denga membawa mereka bertemu dengan Sheila sendiri.

Menurut Jinggo, kanak-kanak istimewa itu seperti sudah memahami bahawa musim kali ini merupakan musim terakhir selepas berjaya merakamkan 40 episod bagi setiap 15 musim program tersebut berlangsung.

Pengumuman tersebut turut mendapat perhatian daripada ramai peminat, dan rata-ratanya bersedih dengan berita tersebut.

  • @hanieymar: Jgn la… Bulan ramadahan ni la stu2 rancangan yg dinanti..pleaseeeee
  • @anmeric_laprote84: Diharap KKR diteruskan lg utk thn mendatang…kami semua para peminat KKR sentiasa menyokong dari musim pertama hingga musim ke 15 last season…x da KKR rase x da seri utk ramadhan akn dtg…tq KKR..😥😥😥
  • @wanie_saad: kenapa musim terakhir dh. selalu setiap kali bulan puasa mmng menunggu ketuk2 ramadhan.
  • @alipwan88: jgn stop plese Tok Sidang ..buat la lagi kkr utk tahun depan&seterusnya..saya follow masa saya sekolah lg smpai sekarang…setiap buku resepi kkr saya ada&terbaru dah pre order sentuhan rasa sheila rusly