Sinopsis

Amy, Sarah & Gina adalah kawan baik yang sering lepak bersama. Mereka bertiga bersahabat sejak dari zaman sekolah lagi. Ketiga-tiganya cantik, educated dan bekerjaya. Masalahnya mereka bertiga sangat memilih dalam soal lelaki dan teman hidup. Walau pun berwajah cantik dan diminati ramai lelaki, namun Amy, Sarah dan Gina tetap gagal mencari soulmate. Sehingga suatu hari mereka bertiga berjalan di hadapan sebuah kedai antik, mata Amy, Sarah dan Gina terpaku pada sepasang stiletto warna merah yang dipamerkan di sebalik cermin kedai tersebut. Mereka bertiga terpikat dengan stiletto tersebut dan masing-masing ingin memiliki kasut tumit tinggi itu. Seolah-olah ada kuasa yang menarik hati mereka bertiga untuk memiliki kasut tersebut. Pemilik kedai antik menyapa Amy, Sarah dan Gina yang nampak sangat berminat dengan kasut yang dipamer di kedainya. Namun pemilik kedai antik itu menyatakan bahawa dia tidak menjual kasut itu, sebaliknya stiletto merah itu hanya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan. Namun Amy, Sarah dan Gina merayu-rayu agar kasut tersebut dijual. Setelah puas dipujuk rayu dan ditawarkan dengan harga yang mahal, pemilik kedai antik menjual kasut itu pada Gina. Gina sangat gembira kerana dapat memiliki kasut yang baginya sangat istimewa dan tiada tandingan. Namun sebelum mereka meninggalkan kedai tersebut, pemilik kedai ada berpesan dengan mereka supaya hati-hati kerana kasut tersebut ada sumpahan. Mereka bertiga rasa tak percaya dan kelakar dengar apa yang dikatakan oleh pemilik kedai. Menurut pemilik kedai, sesiapa yang memakai kasut itu akan mendapat jodoh yang buruk paras rupa. Sejak membeli kasut itu Gina sangat gembira dan memakai stiletto itu ke mana-mana. Sehingga pada suatu hari Gina memberitahu kawan-kawannya yang dia akan berkahwin. Sarah dan Amy tumpang gembira tetapi mereka hairan kerana bakal suami Gina seorang yang gemuk, berkulit gelap, berjerawat, buncit dan tak ada gigi. Selesai majlis perkahwinannya Gina tiba-tiba menyerahkan stiletto kesayangannya pada Sarah dan Amy. Menurut Gina, dia telah terkena sumpahan stiletto itu, sebab itulah suaminya seorang yang hodoh. Mendengar kata-kata Gina, Sarah tidak berani untuk mengambil kasut itu. Tetapi sebaliknya Amy begitu gembira mendapat stiletto idamannya. Tambahan pula Amy tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Gina. Bagi Amy, sumpahan stiletto itu adalah karut. Tak lama kemudian Amy pula berjumpa dengan Sarah dan Gina dan membawa bersama bakal suaminya. Apa yang mengejutkan, bakal suami Amy juga seperti suami Gina. Amy berkahwin dengan kekasihnya yang berpenampilan tidak menarik itu. Setelah berkahwin Amy menyerahkan stiletto kesayangannya pada Sarah. Menurut Amy, dia menyesal kerana tak percaya pada sumpahan stiletto itu. Namun penyesalan Amy sudah terlambat. Sarah yang melihat nasib Amy dan Gina terus jadi fobia pada stiletto yang diberikan oleh Amy padanya. Sarah tidak sanggup kalau dia juga bertemu jodoh dengan lelaki yang hodoh. Sarah kemudian pergi ke kedai antik dan memulangkan kasut tersebut pada pemilik kedai. Beberapa bulan kemudian ketiga-tiga sahabat ini bertemu. Sarah datang bersama bakal suaminya, seorang lelaki kacak, macho dan perfect. Sarah berbangga di hadapan Amy dan Gina kerana dia tidak terkena sumpahan stiletto tersebut. Gina dan Amy hanya pasrah melihat Sarah dengan bakal suaminya yang kacak itu. Tak lama kemudian Sarah berkahwin dengan suaminya si kacak. Sarah sangat bangga. Sehingga suatu hari, saya terkejut kerana terjumpa stiletto merah dalam kotak barang-barang suaminya. Sarah membelek stiletto itu dan ternyata ianya adalah stiletto yang dikatakan mempunyai sumpahan tersebut. Sarah bertanya pada suaminya berkenaan stiletto itu. Rupa-rupanya suami Sarah telah membeli kasut tersebut dari kedai antik dan dia juga telah terkena sumpahan stiletto merah itu. Bermakna suami Sarah mendapat jodoh yang buruk, iaitu Sarah.

 

Watak & Perwatakan

Sarah  (Nad Zainal)

Berusia lingkungan 20-an, seorang gadis cantik, manja, educated dan bekerjaya. Seringkali putus cinta kerana terlalu memilih. Inginkan pasangan hidup yang kacak, macho, sado, pan asian, romantik dan seorang yang perfect.

 

Amy (Kaka Azraff)

Berusia lingkungan 20-an. Merupakan kawan baik kepada Sarah dan Gina. Seorang yang cantik, educated dan bekerjaya. Sangat memilih dalam soal teman hidup. Sama seperti Sarah, inginkan lelaki yang sempurna serba serbi.

Leave a Reply