Untuk Jadi Wanita Sihat, Anda Harus Lakukan Perkara Ini

Rasanya, semua orang dah tahu, wanita zaman millenial bukan lagi seperti wanita zaman dahulu. Mereka punya kerjaya, berpengetahuan, lantang bercakap dan mampu melakukan kerjaya lelaki seperti mekanik, bomba, elektrikal dan lain-lain lagi.

Walau sehebat mana pun anda, ingatlah! Anda tetap seorang wanita yang memerlukan masa untuk diri anda sendiri. Oleh itu, Donna ada beberapa panduan kepada wanita yang bekerjaya di luar sana untuk melakukan perkara ini supaya kekal sihat, tidak tertekan dengan kerjaya serta menjadi wanita yang mempunyai gaya hidup yang seimbang. Barulah boleh jadi wanita yang hebat!

Penjagaan rambut

Walaupun bertudung, makhota kepala kena juga dijaga dengan rapi. Tak salah nak manjakan diri dengan menjaga aset yang kita ada. Tapi ramai yang memikirkan soal kos dan wang ringgit kerana rata-rata rawatan rambut sememangnya agak mahal. Langkah lain adalah dengan melakukan diy rawatan rambut sendiri. Kan banyak tip-tip penjagaan rambut alami ada di youtube dan di internet, ha, cubalah sendiri!

Hujung minggu dan diri anda

Sekurang-kurangnya ambil waktu rehat sehari dalam seminggu untuk beristirehat atau melakukan perkara yang anda suka dan pastikan urusan kerja jauh dari diri anda. Ingat! Hidup bukan untuk kerja je, kadang kita perlu bahagiakan diri kita sendiri. Siapa lagi kalau bukan kita.

 

Ketahui lebih lanjut dengan klik sini

Penulis: Donna