Beberapa hari lalu, pelakon Zaibo telah menerima kunjungan Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim ke rumahnya untuk memberi semangat kepada pelakon itu.

Namun, hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pelakon yang popular dengan sitkom komedi Spanar Jaya itu.

Zaibo atau nama sebenar Zainal Ariffin Abd. Hamid disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang tadi, selepas beberapa bulan bertarung dengan kanser esofagus.

Berita sedih itu disahkan isterinya sendiri Siti Hawa Sawal menerusi aplikasi Whatsapp.

Image result for zaibo spanar jaya

Allahyarham pernah membintangi filem lain seperti Magika dan membawa watak dalam filem Hollywood, iaitu filem Anna and The King.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam golongan yang beriman. Al-Fatihah.